web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegawai Polis, Pelajar Ditangkap Berpesta Liar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 4:38PM

Datuk Aidi Ismail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang pegawai berpangkat Inspektor dan anggota polis berpangkat Koperal antara 14 yang ditahan dalam serbuan Op Parti Liar di sebuah rumah Jalan Batu Kawa, di sini, malam Rabu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, serbuan  dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Menurut beliau, suspek yang ditangkap terdiri daripada sembilan lelaki dan lima perempuan berusia antara 16 hingga 39 tahun.

“Seorang suspek perempuan berusia 16 tahun masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Kuching,” katanya hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama jam 10.15 malam, pemeriksaan ke atas suspek lelaki berusia 30 tahun menjumpai satu paket plastik lut sinar mengandungi dua biji pil khayal yang disimpan dalam sebuah beg pinggang.

“Pemeriksaan terhadap seorang lagi suspek lelaki berusia 20 tahun pula telah membawa kepada penemuan sepaket plastik lut sinar mengandungi dua serbuk hablur putih disyaki ketamin dengan berat kasar 0.42 gram.

“Turut ditemui ialah satu paket plastik lut sinar mengandungi sebiji pil khayal berwarna oren dengan berat kasar 0.40 gram,” katanya.

Aidi berkata, pemeriksaan lanjut di atas lantai di bilik tidur sebelah kiri di bahagian hujung rumah telah menjumpai satu paket plastik lut sinar mengandungi serbuk hablur putih disyaki ketamin dengan berat kasar 0.84 gram.

“Dalam serbuan kedua pada jam 10.30 malam, seorang suspek lelaki  berusia 31 tahun dan wanita berusia 20 tahun telah ditahan di hadapan lif tingkat bawah di lokasi yang sama.

“Pemeriksaan ke atas suspek lelaki telah menjumpai satu paket lut sinar berisi serbuk hablur putih disyaki ketamin dengan berat kasar 0.70 gram dan satu paket plastik lut sinar berisi ekstasi dengan berat kasar 0.70 gram,” katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan ialah 14.57 gram ketamin, 14 pil ekstasi dan lima biji pil eramin.

“Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua tangkapan di dapati positif metafetamin dan amfetamin.

“Kesemua suspek kini ditahan reman di lokap Siburan dan lokap Baratok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga esok,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka