web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahu Elak Ditahan, Tokan Dadah Serang Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 3:57PM

Pisau terkena tangan kanan polis itu sehingga menyebabkan luka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang anggota polis nyaris maut apabila dia cuba ditikam oleh seorang tokan dadah menggunakan pisau dalam kejadian di tepi jalan Kampung Baru Tepi Laut, Kuala Sanglang dekat sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritenden Rodzi Abu Hassan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.55 petang semalam apabila sepasukan anggota polis menahan kereta Proton Iswara dipandu suspek yang berusia 38 tahun.

Katanya, anggota polis tersebut terlebih dulu memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebelum mengarahkan suspek keluar dari kenderaan.

“Suspek bagaimanapun bertindak agresif apabila segera menghidupkan enjin kereta dan melanggar dua kenderaan milik anggota terlibat, selain menggilis kaki seorang anggota polis berusia 31 tahun.

“Dalam usaha mempertahankan diri, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah tayar Proton Iswara berkenaan, menyebabkannya terbabas ke dalam sawah,” katanya di sini, hari ini.

Rodzi menambah, suspek kemudiannya cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan bersama anggota polis terlibat.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, suspek mengeluarkan pisau dan cuba menikam anggota yang digilis kakinya itu.

“Anggota tersebut berjaya menepis tikaman berkenaan, namun pisau tersebut terkena tangan kanannya sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Rodzi berkata, anggota terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Suspek katanya, berjaya ditahan dan pemeriksaan dijalankan terhadapnya mendapati, terdapat dadah jenis syabu dalam poket seluar dipakainya.

“Semakan mendapati suspek memiliki 10 rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan ujian urin juga mendapati dia positif dadah jenis metafetamin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 bagi kesalahan dadah dan 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Rodzi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di talian 04-9176999. - Getaran 8 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 1 hari yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Sukan 12 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad