web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurang 10 Peratus Kakitangan Jabatan Kesihatan Pahang Belum Divaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 8:50PM

Dr Nor Azimi Yunus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Masih terdapat kurang 10 peratus daripada 17,000 kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang belum menerima vaksin sehingga 1 November lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, semua kakitangan terbabit mempunyai alasan kesihatan dan mendapat surat pengesahan daripada pegawai perubatan bagi membolehkan mereka tidak divaksinasi.

"Setakat ini, hampir semua pegawai dan kakitangan kita sudah menerima vaksin lengkap (dua dos) dan ada yang sudah mula menerima dos penggalak.

"Cuma yang belum menerima vaksin ialah mereka yang mempunyai alasan kukuh membabitkan faktor kesihatan dan mendapat pengesahan daripada doktor, bukan sengaja tidak mahu mengambil vaksin," katanya kepada media selepas Majlis Bersama Media Anjuran Jabatan Kesihatan negeri di sini, hari ini.

Dr Nor Azimi memaklumkan, memang ada kakitangan jabatan berkenaan ragu-ragu untuk menerima suntikan vaksin pada peringkat awal proses, namun ia diatasi selepas sesi libat urus dan penerangan dilakukan. 

"Pada awalnya mungkin ketika itu kita tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai tahap keberkesanan vaksin, mengakibatkan ada yang menolak, tapi sekarang semuanya (maklumat) sudah ada dan tidak timbul lagi (isu) mereka menolak untuk divaksin. 

"Kita kena faham bahawa vaksin ini bukanlah menjadikan kita kebal dan tidak boleh dijangkiti COVID-19, fungsi utama (vaksin) ialah untuk menghalang daripada kita mendapat kesan yang teruk jika terkena COVID-19," katanya.

Menurut beliau, keberkesanan vaksin sudah terbukti dengan pengurangan kes COVID-19 tahap 4 dan 5.

"Kalau kita dapat COVID-19 pun, mungkin hanya tahap 1 dan 2 sahaja, maknanya bukan di tahap serius atau tanpa gejala," katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai proses suntikan dos penggalak di Pahang, Dr Nor Azimi berkata, seramai 50,000 petugas barisan hadapan sedang dalam proses menerima suntikan masing-masing secara berperingkat. 

Katanya, dos penggalak juga akan diberikan kepada lebih 500,000 warga emas dan individu yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan atau komorbid. 

"Proses suntikan dos penggalak ini mengambil masa kerana jumlah yang layak menerima sangat ramai, kalau ikut senarai yang kita ada, warga emas yang layak menerima dos penggalak melebihi 100,000 orang dan mereka yang ada masalah kesihatan pula lebih 500,000 orang. 

"Buat masa ini, seramai 18,489 petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan komorbid sudah menerima dos penggalak sejak ia mula diperkenalkan pada 15 Oktober lalu," katanya. 

Dr Nor Azimi menjelaskan, pemberian dos penggalak ini bukan dilakukan secara paksaan.

"Mereka yang ingin mengambil suntikan ini boleh mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan tarikh temujanji," katanya. - Getaran, 8 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka