web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


VTL Antara Changi, KLIA Mampu Pulihkan Industri Penerbangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Nov 2021 7:54AM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelancaran Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November ini mampu memulihkan kembali industri penerbangan yang sekian lama terkesan akibat COVID-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pengumuman VTL melegakan Keluarga Malaysia khususnya mereka yang terlibat dalam industri seperti kru penerbangan dan petugas di lapangan terbang. 

“Diharapkan prosedur operasi standard (SOP) seperti kuarantin wajib atau kuarantin kendiri di rumah dilonggarkan memandangkan kemajuan ketara telah dicapai oleh kedua-dua negara (Malaysia dan Singapura) dalam pemberian vaksin dan pengurusan pandemik COVID-19 secara amnya,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan menyambut baik pelancaran VTL itu dan pada masa yang sama penerbangan ke negara-negara rakan ASEAN yang lain juga kini dalam perbincangan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama semalam mengumumkan Malaysia dan Singapura akan melancarkan VTL antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA mulai 29 November ini. 

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas kedua-dua pemimpin berbincang melalui panggilan telefon semalam.

Di bawah VTL, pelancong yang lengkap divaksin boleh membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura dan tidak perlu menjalani kuarantin atau Notis Duduk Rumah (SHN) jika melepasi ujian COVID-19.

Kedua-dua Perdana Menteri juga berharap dapat memulihkan perjalanan merentasi laluan darat dalam masa terdekat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka