web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serba Dinamik Fail Saman Pemula Terhadap Bursa Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 7:59AM

Bursa Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi terhadap Bursa Malaysia mendakwa pengendali bursa tempatan itu bertindak melebihi kuasanya termasuk menggantung dagangan saham syarikat berkenaan di Pasaran Utama Bursa pada 22 Oktober lepas.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu, yang memfailkan saman tersebut pada 3 November lepas, menamakan Bursa Malaysia sebagai defendan tunggal.

SDHB memohon deklarasi bahawa arahan yang diberikan oleh defendan bertarikh 28 Jun dan 2 Julai 2021 kepada syarikat itu untuk melantik Ernst & Young Consulting Sdn Bhd sebagai juruaudit khas bagi menjalankan ‘Kajian Semula Khas yang Bebas’ (SIR) mengikut perenggan 2.23 dan 2.24 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) adalah melebihi bidang kuasanya, batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.

Plaintif turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Bursa Saham, wakil serta ejennya daripada mengeluarkan sebarang arahan kepada syarikat itu atau anak syarikat SDHB untuk menjalankan sebarang kajian semula dan membuat sebarang pengumuman atau menerbitkan, mengedar atau menyediakan kepada sesiapa ‘Kemas Kini Penemuan Fakta’ yang disediakan oleh Ernst & Young.

Selain itu, SDHB memohon ganti rugi dan kos daripada Bursa Saham.

Kes itu ditetapkan untuk pendengaran permohonan injunksi di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin pada 11 November ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka