web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Laku Dalam SPRM, Gobind Tegur Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 12:36PM

Gobind Singh Deo - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Gobind Singh Deo menyelar pihak berkuasa kerana gagal menangani salah laku berhubung kontroversi yang berlaku di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Merujuk kepada tiga pegawai kanan SPRM yang didakwa terlibat dalam mencuri barang kes membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM 25 juta (AS$6juta), Gobind berkata tiada maklumat terkini mengenai kes berkenaan.

Bercakap di Dewan Rakyat semalam, beliau menarik perhatian mengenai jaminan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini, telah menggesa polis untuk menyiasat perkara itu kerana ia 'melibatkan kepentingan awam'.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Puchong itu, keadaan itu tidak selari dengan sikap berdiam diri pihak berkuasa.

''Anda (Hamzah) telah menyatakan bahawa kes ini melibatkan kepentingan awam; apa kepentingan awam? Di mana jawapan yang kami minta?,'' soalnya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata:

''Apabila pegawai SPRM melakukan kesilapan, SPRM memberi jaminan tindakan akan diambil. Apabila tiada tindakan diambil, Kementerian Dalam Negeri akan memberi jaminan yang sama tapi tindakan masih belum diambil.''

Gobind turut menggesa Ketua Polis Negara menjelaskan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Edisi Siasat

“Ketua Polis Negara menyatakan pendedahan itu disensasikan, tapi persoalan saya sama ada perkara yang dilaporkan (Edisi Siasat) adalah betul?,'' soalnya.

Sebelum ini, akaun Twitter (@edisi_siasatmy) mendapat perhatian apabila mendedahkan mengenai apa yang didakwa sebagai salah laku rasuah.

Antara kes didedahkan termasuk kes kartel daging, kehilangan wang RM25 juta serta 1MDB.

Mohamad Sabu - Gambar fail
Mohamad Sabu - Gambar fail

Dalam pada itu, Mohamad Sabu (Kota Raja-PH) pula berkata, perkara berkenaan perlu dipandang serius kerana Jabatan Perdana Menteri yang menyelia SPRM dan ia adalah penting bagi negara.

''Jabatan Perdana Menteri adalah nadi negara dan ia telah dicemari rasuah,'' katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pendedahan salah laku, penyelewengan dan rasuah membabitkan beberapa menteri, bekas menteri serta pegawai tertinggi badan penguat kuasa negara itu adalah rekaan yang sengaja disensasikan.

Jelasnya, polis telah membuka 13 kertas siasatan berkaitan dakwaan kes salah guna kuasa dan rasuah yang didedahkan oleh akaun berkenaan.

Sementara itu, Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor-PH) bertanya kepada Gobind mengenai penubuhan badan bebas seperti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), sama ada ia dapat membantu mengatasi masalah siasatan salah laku polis dan pegawai penguat kuasa agensi lain.

Menjawab soalan itu, Gobind berkata beliau mempunyai pendirian yang konsisten menyokong agensi sedemikian, sambil menambah bahawa siasatan dalaman 'tidak akan membawa kepada sebarang tindakan diambil'.

Gobind pada 20 September lalu telah membangkitkan perkara sama di Dewan Rakyat dan menuntut jawapan daripada kerajaan. - The Vibes, 9 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka