web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan, Kelar, Tikam Ibu Saudara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 9:01PM

Polis mengangkat mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh anak saudaranya di Kampung Cina Menglembu untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi tujuan bedah siasat hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh ibu saudaranya dalam satu kejadian di Kampung Cina, Menglembu di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.10 petang tadi, berhubung kejadian seorang wanita yang pengsan dan tidak sedarkan diri, sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk siasatan lanjut.

“Setibanya di lokasi, pihak kami menemui seorang wanita yang terbaring di tepi katil dengan keadaan berlumuran darah.

“Pemeriksaan forensik mendapati wanita berumur kira-kira 70 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian dan terdapat sebilah pisau di belakang lehernya selain kesan tikaman dan kelar. Seorang lelaki, yang merupakan anak saudara mangsa berumur 40 tahun, ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Yahaya berkata mayat wanita tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, siasatan juga akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut, termasuk sama ada suspek mempunyai rekod sejarah perubatan dengan mana-mana hospital sebelum ini.

Sementara itu, seorang jiran mangsa A.Lingam, 37, berkata ahli keluarga mangsa ada memaklumkan bahawa suspek pernah meracau beberapa hari lepas, dipercayai akibat sakit mental yang dihadapinya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka