web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kepala Air, Hutan Lipur Bukit Wang Pula Jadi Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 7:39AM

Fenomena kepala air yang melanda Lata Bayu mengakibatkan kejadian banjir di kampung-kampung berhampiran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Hanya selepas tiga hari fenomena kepala air melanda Lata Bayu di Baling, satu lagi destinasi perkelahan popular di Kedah iaitu Hutan Lipur Bukit Wang di Jitra, dilanda kejadian sama, semalam.

Tidak setakat mendatangkan rasa cemas dalam kalangan pengunjung di situ, fenomena itu turut mengakibatkan kejadian banjir kilat di kampung-kampung berhampiran.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, terdapat tiga buah rumah di Kampung Padang Panjang, Jalan Bukit Wang dinaiki air setinggi kira-kira 1.5 meter.

“Kami menerima maklumat melalui talian kecemasan 999 menyatakan terdapat mangsa terperangkap dalam banjir di kampung tersebut kira-kira jam 6.09 petang semalam.

“Setibanya di sana, terdapat lapan individu berusia antara 4 hingga 74 tahun dari tiga keluarga yang terperangkap di rumah mereka. Anggota bomba kemudiannya menggunakan Personal Floating Device (PFD) untuk membantu menyelamatkan mereka ke lokasi selamat,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Mangsa banjir kilat akibat kejadian kepala air di Bukit Wang yang diselamatkan bomba dari Kampung Padang Panjang.
Mangsa banjir kilat akibat kejadian kepala air di Bukit Wang yang diselamatkan bomba dari Kampung Padang Panjang.

Tambahnya, mangsa yang diselamatkan itu kemudiannya dipindahkan ke rumah saudara mereka di kawasan berhampiran.

Sementara itu katanya, kejadian sama turut mengakibatkan dua pengunjung terperangkap di destinasi perkelahan tersebut.

“Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Mohd Yusuf Shabani, 15, dan Mohd Aiman Ashraf, 21, bagaimanapun berjaya dibawa turun dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan, malam tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi memaklumkan, terdapat kira-kira 30 individu daripada lapan keluarga dari tiga kampung berdekatan kawasan tersebut terjejas akibat dilanda banjir kilat.

“Tiga kampung itu adalah Kampung Bukit Wang, Kampung Padang Panjang dan Kampung Sampang,” katanya. - Getaran 10 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 11 minit yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Luar Negara 1 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Semasa 1 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos