web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet Selangor 2022: Sektor Kesihatan Awam Bakal Peroleh Dana Lebih Tinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 7:56AM

Sektor kesihatan awam dijangka menerima dana lebih tinggi dalam Bajet Selangor 2022 yang akan dibentangkan pada 26 November ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sektor kesihatan awam dijangka menerima dana lebih tinggi dalam Bajet Selangor 2022 yang akan dibentang pada 26 November ini, kata Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata peruntukan itu akan disalur ke arah penjagaan kesihatan mental khususnya peranan komuniti dalam mencegah penyakit tidak berjangkit, pusat sokongan anak istimewa dan talian selamat untuk masalah krisis rumah tangga serta usaha pendigitalan.

“Insya-Allah, kita akan dapat lebih (daripada tahun sebelum ini) bagi kesihatan awam, kita ada idea baharu yang akan dilaksana selain meneruskan dan menambah baik program sedia ada.

“Berdasarkan situasi COVID-19, kebanyakan mangsa adalah mereka yang komorbid dan kita tidak mahu lagi sampai ke tahap itu, biarlah dari awal rakyat Selangor ada kesedaran perlunya menjaga kesihatan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, Dr Siti Mariah menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada Pegawai Titik Tumpuan Gender (GFP) dan Pasukan Tumpuan Gender (GFT) untuk Projek Pengarusperdanaan Gender bagi Tahun 2021/2022 yang disempurnakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka