web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Sejak 2 Hari, Bachok Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2021 2:55PM

Keadaan banjir di Taman Siti Jaya, Jelawat, Bachok sejak semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di daerah Bachok dilanda banjir sejak semalam.

Susulan insiden, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang pertama di Kelantan mula dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat di sini, sejak malam tadi.

Mengikut portal eBanjir Kelantan sehingga jam 10 pagi tadi, PPS itu menempatkan 22 mangsa daripada empat keluarga.

Jumlah berkenaan membabitkan 14 individu dewasa dan lapan kanak-kanak.

Tinjauan Getaran di lokasi banjir iaitu di Taman Siti Jaya, Jelawat mendapati air naik di paras 0.5 meter di halaman rumah penduduk, menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke PPS dan rumah keluarga masing-masing.

Sementara itu, beberapa sungai utama merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Galas di Dabong pada bacaan 41.12 meter (m); Sungai Lebir di Tualang 37.59 m; Sungai Kelantan di Tangga Krai 29.04 m dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard 18.89 m.

Sungai Kelantan di Tambatan Diraja 5.67 m; Sungai Golok di Jenob 25.64 m; 10.78m di Sungai Golok, Rantau Panjang dan 3.30m di Sungai Golok di Kuala Jambu.

Hanya satu sungai mencatatkan bacaan di paras normal iaitu Sungai Semerak di Pasir Puteh dengan bacaan 1.54 m.

Pada masa sama, semua laluan di negeri ini tidak terjejas dan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan. - Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka