web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Duyong Marina & Resort Isu Terpencil - Pengurus Besar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 6:35PM

Keadaan di Duyong Marina & Resort (DMR) yang dikongsi oleh netizen di dalam Facebook Hotel Review Malaysia. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kerosakan pada bilik di hotel milik kerajaan negeri Terengganu, Duyong Marina & Resort (DMR) didakwa hanya satu kejadian terpencil, walaupun sudah beberapa pelanggan tampil berkongsi pengalaman hampir serupa.

Pengurus Besar DMR, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, pihaknya memohon maaf atas semua ketidakpuasan hati dialami pelanggan yang menginap di premis penginapan itu, dan akan memastikan ia tidak berulang lagi.

Menurut beliau, DMR akan menghargai kesudian tetamu untuk menginap di resort tersebut kerana ia sedikit sebanyak membantu mempromosikan sektor pelancongan negeri selepas berakhirnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bagaimanapun Wan Mohd Faizul berkata, kes yang berlaku ke atas pelanggan berkenaan ialah isu terpencil, selepas tempahan bilik dibuka kepada orang ramai.

“Waktu rasmi untuk mendaftar masuk di DMR ialah pada jam 3 petang dan hari sebelumnya, kami menerima tempahan dalam jumlah yang begitu banyak.

“Senario itu menyebabkan berlakunya kelewatan, menyebabkan tetamu yang menginap dari tarikh 14 hingga 18 Oktober hanya dapat mendaftar masuk pada jam 4.40 petang,” katanya.

Wan Mohd Faizul memberitahu, pihaknya akan membuat penelitian lanjut untuk mengesan punca utama berlakunya kekotoran di koridor bilik dan bilik air, seperti dikongsi seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi pelanggan dikenali sebagai Mimi berkongsi pengalaman ketika menginap di DMR dalam Facebook Hotel Review Malaysia.
Seorang lagi pelanggan dikenali sebagai Mimi berkongsi pengalaman ketika menginap di DMR dalam Facebook Hotel Review Malaysia.

Pengguna dikenali sebagai Rania Adira itu ketika berkongsi pengalaman menginap di DMR berkata, dia sekeluarga berdepan pengalaman buruk apabila dihidangkan dengan keadaan unit yang amat menjelikkan.

Menceritakan pengalaman di laman Facebook Hotel Review Malaysia, Rania mendakwa, dia sekeluarga bukan sahaja terpaksa menunggu lebih 45 minit untuk mendaftar masuk, tetapi turut diberikan bilik dengan pendingin udara yang tidak berfungsi.

“Masalah aircond tidak selesai sehingga balik dan air panas sama sekali tidak wujud di bilik kami. Kesian mak mertua terpaksa mandi air sejuk sampai ke sudah.

“Area breakfast di luar pula amat tidak selamat kerana terdapat kerosakan di bahagian atas,” katanya.

 

ISU KUALITI DAN PERKHIDMATAN BILIK PENGINAPAN DI DUYONG MARINA & RESORT (DMR) Summary: 1. Terima kasih kepada semua...

Posted by Terengganu Voice on Wednesday, November 10, 2021

Mengulas dakwaan itu Wan Mohd Faizul berkata, kebersihan di luar beranda telah dipastikan oleh pihak operasi sebelum ketibaan tetamu.

“Kadangkala musang akan datang dan mengotorkan kawasan beranda bilik. Namun begitu, tetamu boleh menghubungi ‘Front Office’ untuk memastikan pekerja hotel membersihkan segala kotoran pada kadar segera.

“Namun ingin kami memaklumkan kebersihan bilik air adalah keutamaan kami juga. Kami juga memohon maaf berkenaan kelewatan untuk memberikan tuala kepada pelanggan dan terpaksa menunggu selama setengah jam,” katanya.

Wan Mohd Faizul menarik perhatian, pihak pengurusan telah merancang untuk menukar semua penghawa dingin yang terdapat di setiap unit penginapan DMR.

“Sebarang kerosakan yang berlaku di DMR, akan dibawa kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) sebagai pemilik aset DMR.

“Kerajaan negeri Terengganu melalui LTAWNT telah pun meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta ringgit untuk membaikpulih kerosakan hotel tersebut termasuk mengganti penghawa dingin dan lain-lain,” katanya.

Beliau memberitahu, DMR memohon maaf kepada tetamu berkenaan kerana pengalaman beliau tidak seperti yang diimpikan.

“Pihak kami berbesar hati untuk berbincang dengan lebih lanjut dan mencapai kata sepakat bagi memastikan perbelanjaan dikeluarkan berbaloi.

“Pihak kami sentiasa komited untuk memastikan keselesaan, kebersihan dan keselamatan pengunjung resort. Kami juga sentiasa mengalu-alukan pandangan  dari orang ramai untuk memperbaiki mutu pengurusan dan perkhidmatan di Duyong Marina & Resort,” ujarnya. – Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka