web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Sahabat Tergamam Lihat Rakan Terjun Sungai Sebelum Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:36PM

Anggota Bomba menjalankan operasi mengesan seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai lemas di Sungai Batang Paloh, Sarikei.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI - Dua sahabat hanya mampu terpaku melihat seorang rakan mereka secara tiba-tiba terjun ke dalam Sungai Batang Paloh, Rumah Panjang Wun, Bekarkong, Tanjung Manis, di sini, malam tadi, sebelum lemas.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian jam 10.05 malam itu melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dikenali sebagai Alex Rudy Roy ak Ali.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 11.11 malam, sebelum menggerakkan tujuh anggota  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi kejadian.

"Mangsa bersama dua rakan duduk di jeti dan secara tiba-tiba terus membuka baju dan terjun ke dalam sungai," katanya hari ini.

Jurucakap itu berkata, dua rakannya menanti mangsa naik ke darat selama lebih tiga minit, namun tiada tanda-tanda remaja tersebut berbuat demikian. 

"Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, mereka terus terjun untuk menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya," ujarnya.

Katanya, rakan mangsa terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada penduduk rumah panjang itu.

"Pencarian mangsa dilakukan dalam jarak tiga kilometer dari tempat mangsa dikatakan lemas," jelasnya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan bot itu turut dibantu oleh pihak polis dan penduduk kampung.

"Setakat ini mangsa masih belum dijumpai dan operasi ditangguhkan pada jam 6 petang berikutan keadaan yang gelap menyukarkan pencarian.

"Operasi akan bersambung esok," katanya. - Getaran, 12 November 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka