web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terus Patuhi SOP, Elak Dijangkiti COVID-19 – KJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 2:08PM

Rakyat perlu terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta terus mempratikkan prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin dan mematuhi saranan kerajaan berhubung pandemik COVID-19 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu harus diberi tumpuan, terutama apabila situasi kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di negara ini kian meningkat.

“Rt negara adalah 1.04. Pakai pelitup muka anda. Elakkan tempat sesak. Wakga emas, terutamanya perlu mendapatkan dos penggalak apabila suntikan ini tersedia untuk mereka. Amalkan #TRIIS,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Ciapan Khairy itu disertakan dengan carta yang menunjukkan Rt terkini negara berada pada paras 1.04.

TRIIS merujuk kepada Test (ujian kendiri), Report (lapor), Isolate (pengasingan kendiri), Inform (memaklumkan) dan Seek (mendapatkan rawatan).

Menerusi platform media sosial sama, Khairy memaklumkan dos penggalak buat masa ini, disarankan kepada petugas barisan hadapan, individu berumur lebih 40 tahun dan mereka yang mempunyai masalah komorbid.

“Namun, pengambilan ini perlu dijarakkan dalam tempoh tiga bulan selepas menerima dos kedua Sinovac dan enam bulan selepas dos kedua Pfizer.

“Ini  apa yang disaran dan diluluskan buat masa ini,” ciapnya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pandangan diberikan seorang pengguna, Huzaifah Hatim menerusi nama akaun @Zaifah52Hatim.

Huzaifah mencadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan dos penggalak kepada mana-mana rakyat yang mahu menerima vaksinasi itu.

“Berikan dos penggalak kepada semua rakyat yang berminat, jangan tunggu mereka yang sudah diberikan janji temu untuk hadir, tetapi tidak berbuat demikian.

“Kelewatan akan menyebabkan lebih banyak kesan buruk, KKM harus menyegerakan perkara ini untuk menyelamatkan nyawa,” ciapnya. - Getaran, 13 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka