web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendekatan Serius Perlu Diambil Tangani Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Nov 2021 5:54PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan, selepas Malaysia menduduki tangga ketiga teratas di Asia sejak 2015 yang mencatatkan peratusan tertinggi bagi golongan tersebut.

Jumlah itu juga dilaporkan terus meningkat saban tahun dan jika perkara berkenaan tidak dipandang serius oleh semua pihak, ia akan memberikan kesan negatif pada masa akan datang sekiranya tidak dibendung daripada awal.

Bimbang dengan situasi berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah segera mengawal bilangan kanak-kanak obes di negara ini sempena Hari Diabetes Sedunia, esok.

Mohideen Kader
Mohideen Kader

Presidennya, Mohideen Kader berkata, kanak-kanak dengan berat berlebihan berdepan risiko untuk mengalami komplikasi kesihatan serius seperti diabetes jenis 2,  tekanan darah dan kolesterol tinggi yang lazimnya dialami individu dewasa.

Menurut beliau, kanak-kanak obes juga mungkin mengalami masalah psikologi seperti kurang keyakinan diri berpunca daripada diusik atau dibuli rakan sebaya. 

“Mereka juga boleh terdedah kepada tabiat diet yang tidak sihat dan gangguan makan seperti ‘anorexia nervosa’ dan ‘bulimia’ selain  terdedah kepada kemurungan atau berisiko bagi penyalahgunaan dadah.

“Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan mengambil beberapa langkah segera dalam mengatasi masalah obesiti kanak-kanak tersebut termasuk mengharamkan mesin layan diri di sekolah, hospital dan tempat awam lain,” katanya hari ini.

Terdahulu, tinjauan Kebangsaan Morbiditi (NHSM) 2019, bilangan diabetes di negara ini meningkat kepada 18.3 peratus pada 2019, berbanding 13.4 peratus pada 2015.

Peningkatan tersebut dilihat merunsingkan, tambahan pula 49 peratus daripada penghidap diabetes di negara ini tidak sedar mereka menghidap penyakit itu, manakala 17.6 peratus lagi adalah golongan berumur 40 tahun dan ke bawah.

Pelbagai pihak terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran, mempromosikan gaya hidup sihat dan program menggalakkan pemeriksaan kesihatan, namun peningkatan kes terus berlaku setiap tahun. 

Pada masa sama, Mohideen menegaskan, makanan tidak sihat yang tinggi lemak, gula, garam dan penambah perisa seharusnya tidak digalakkan dan adalah satu keperluan untuk kerajaan memperkenalkan cukai ke atas produk seumpama itu.

“Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan rekreasi yang mencukupi di semua kawasan perumahan. Pendekatan lain termasuk mewajibkan pengeluar makanan melabelkan jumlah natrium pada label dan mewajibkan pelabelan jelas bagi kandungan lemak dalam semua makanan, termasuk makanan segera. 

“Selain itu, kerajaan juga perlu menjalankan kempen pendidikan untuk ibu bapa dan kanak-kanak mengenai bahaya obesiti dan diabetes,” katanya. - Getaran, 13 November 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka