web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Lemas Hilang Separuh Badan Dibaham Buaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Nov 2021 7:57PM

Mayat remaja yang lemas selepas terjun ke dalam Sungai Batang Palong, Khamis lalu, ditemui dalam keadaan separuh badannya telah dibaham buaya.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI - Mayat remaja lelaki yang lemas selepas terjun ke dalam Sungai Batang Paloh, di Rumah Panjang Wun, Bekarkong, Tanjung Manis, di sini ditemui dalam keadaan tragis, apabila separuh tubuhnya hilang dibaham buaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tubuh Alex Rudy Roy Ali, 17, hilang dari paras pinggang ke bawah.

Menurut beliau, mayat mangsa yang dilaporkan hilang pada malam Khamis dijumpai sekitar jam 9.30 pagi tadi.

"Mayat mangsa ditemukan dalam jarak dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang, oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari serta menyelamat (SAR)," ujarnya.

Katanya, bomba telah mengambil mayat mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Getaran difahamkan dalam kejadian jam 10.05 malam Khamis lalu, dua sahabat hanya mampu tergamam melihat tingkah laku seorang rakan mereka yang secara tiba-tiba bertindak terjun ke dalam sungai.

Bomba menerima laporan berhubung kes itu jam 11.11 malam dan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi kejadian. 

Operasi mencari yang dilancarkan pada hari kejadian bagaimanapun tidak membawa sebarang kejayaan. - Getaran, 13 November 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka