web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kepala Air, Bayi 6 Bulan Antara 50 Mangsa Terperangkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Nov 2021 12:13PM

Bomba membawa keluar mangsa yang terperangkap di kawasan perkelahan di Pondok Kampung Kenerong, semalam, dengan menggunakan tali dan bot. - Gambar Ihsan bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Lima puluh pengunjung, termasuk lima bayi berdepan detik cemas selepas terperangkap di pusat peranginan dan perkelahan akibat limpahan kepala air di Pondok Kampung Kenerong, Jelawang, Dabong di sini.

Bagaimanapun, mereka yang berusia antara enam bulan hingga 50 tahun berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula jam 5.20 hingga 7 petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Azwan Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 petang.

Menurut beliau, enam anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian, sebelum mendapati 35 individu dewasa, 10 kanak-kanak dan lima bayi terperangkap di lokasi itu.

“Mereka terperangkap susulan kepala air yang turun dari atas Gunong Stong, kira-kira 10 kilometer (km) ke sungai di kawasan itu.

“Kami menggunakan tali dan bot untuk menyelamatkan kesemua mangsa dan mereka berjaya dikeluarkan dalam masa lebih satu jam, sebelum operasi ditamatkan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Azwan memberitahu, kejadian terbabit disahkan berpunca daripada hujan lebat di Gunung Stong.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti perkelahan atau bercuti di lokasi seumpama ini memandangkan musim tengkujuh sudah bermula.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang tragedi sedangkan niat asal hanya mahu berseronok,” katanya. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka