web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 1:11PM

Gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu semalam, ditemukan selamat pada 9.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kedua-dua mereka ditemukan selepas hampir dua jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan hari ini.

"Operasi melibatkan enam anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu, serta petugas dari pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan orang awam.

"Lokasi mereka berjaya dikesan melalui panggilan telefon yang lepas dan anggota penyelamat mengambil masa kira-kira sejam untuk ke lokasi kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu wanita dianggar berumur 60an itu sempat menghubungi anaknya pada 12 tengah hari memaklumkan dia sesat sebelum telefon bimbitnya dipercayai kehabisan bateri dan susulan itu, anak sulungnya membuat laporan polis pada 3 petang, semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Banjir Kilat: Bomba Selamat 2 Wanita Terperangkap Dalam Kereta

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Abam Bomba Tewaskan Ular Tedung

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Operasi Padam Kebakaran Gudang Di Bukit Selambau Tamat - Bomba

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sukan 21 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 19 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei