web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 4:31PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, antara lain disumbang faktor cuaca panas dan kering melampau, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, pada Februari lalu, kes kebakaran terbuka yang direkodkan adalah sebanyak 5,556 kes iaitu peningkatan melebihi enam kali ganda atau 645 peratus berbanding 746 kes yang direkodkan pada Januari.

Nga berkata, antara negeri yang mengalami peningkatan tertinggi adalah Kedah dengan 741 kes, Selangor (661 kes), Johor (505 kes) dan Sabah sebanyak 534 kes.

"Malaysia kini berada dalam fasa cuaca panas dan kering melampau dan dijangka memberikan impak kepada peningkatan signifikan bagi kes-kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, ladang, belukar dan api sampah.

"Lonjakan kes kebakaran terbuka meningkat mendadak terutamanya di Selangor, Negeri Sembilan, negeri-negeri di utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta Sabah dan Sarawak," katanya, ketika melancarkan Op Siaga Raya Aidilfitri 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.

Sementara itu, dalam sidang media Nga berkata, negara merekodkan sejumlah RM2.62 bilion kerugian kebakaran sepanjang tahun lalu merangkumi pelbagai jenis insiden kebakaran berskala besar dan domestik.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai tidak sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka baik bagi pelupusan sampah ataupun untuk tujuan pertanian pada musim kemarau ini.

Nga berkata sehingga kini, JBPM telah mengenal pasti 652 kawasan titik panas yang berisiko untuk berlaku kes kebakaran terbuka dengan lokasi tumpuan, termasuklah tanah gambut, tapak pelupusan sampah haram dan tapak pelupusan sampah yang diselia oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi tempoh sehingga Februari lalu, JBPM telah memeriksa 4,900 bangunan, termasuk 558 pusat beli- belah, daripada sasaran 17,000 bangunan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Terdahulu, Nga menyerahkan lima unit pertama jentera kompak (compact fire rescue tender CFRT) kepada JBPM bagi memastikan kesiapsiagaan jentera dan pesawat serta kesiapsiagaan keanggotaan serta logistik yang mencukupi.

Op Siaga bertujuan menyusun strategi awal bagi persediaan dan kesiapsiagaan menghadapi insiden kecemasan yang mungkin berlaku sepanjang musim perayaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Banjir Kilat: Bomba Selamat 2 Wanita Terperangkap Dalam Kereta

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Abam Bomba Tewaskan Ular Tedung

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Operasi Padam Kebakaran Gudang Di Bukit Selambau Tamat - Bomba

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 2 jam yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Politik 22 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri