web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Kilat: Bomba Selamat 2 Wanita Terperangkap Dalam Kereta

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 8:26AM

Anggota bomba membantu menolak kereta dinaiki dua mangsa yang terkandas dalam banjir - gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua wanita berusia dalam lingkungan 30-an berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam kereta dinaiki mereka ketika banjir kilat berlaku di hadapan sebuah stesen minyak di Simpang Pulai dekat sini, kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.46 malam sebelum pasukannya tiba di tempat kejadian jam 8.01 malam.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian di dapati sebuah kereta terperangkap di dalam banjir kilat. Terdapat dua mangsa terperangkap di dalam kereta di kawasan Tokong Sam Poh Tong yang berjarak lebih kurang 300 meter dari stesen minyak tersebut," katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa memaklumkan mereka menuju ke Tokong Sam Poh Tong namun dalam perjalanan ke situ, kawasan berkenaan telah digenangi air pada paras lutut.

"Mereka cuba mengharunginya (banjir) tetapi tidak berjaya," katanya.

Beliau berkata, bomba kemudian menolak kereta berkenaan keluar dari kawasan banjir dan kedua-dua mangsa itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka