web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Penggalak Individu Terima AstraZeneca Masih Dalam Penilaian - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 6:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui, penerima dua dos lengkap vaksin Pfizer mahupun Sinovac masing-masing akan menerima dos penggalak jenis Pfizer untuk meningkatkan tahap imuniti melawan COVID-19.

Namun timbul persoalan di kalangan individu yang sudah lengkap divaksinasi dengan AstraZeneca mengenai jenis dos penggalak yang bakal mereka terima.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak untuk penerima AstraZeneca masih lagi di bawah penilaian.

Katanya, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Masih dalam penilaian, polisi mengenai dos penggalak untuk penerima AZ (AstraZeneca) akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter.

Sejak 13 Oktober lalu, dos penggalak mula diberikan kepada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan komorbid.

Namun pemberian pelalian itu diperluaskan kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi, ibu mengandung, individu berusia 40 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan yang bukan berada di bawah sektor petugas kesihatan.

Bagi penerima vaksin Sinovac, dos penggalak diberikan tiga bulan selepas lengkap divaksinasi manakala penerima Pfizer pula selepas enam bulan.

Terdahulu, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Kalaiarasu M Peariasamy mendedahkan, berlaku pengurangan keberkesanan membabitkan ketiga-tiga vaksin digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), selepas enam bulan seseorang individu melengkapkan dua dos suntikan.

Data tersebut diperolehi menerusi Kajian ‘The Real World Evaluation of COVID-19 Vaccination’ (RECoVaM).

Beliau berkata, kajian sama turut dijalankan membabitkan vaksin Pfizer dan Sinovac selepas dua bulan pengambilan pelalian tersebut.

“Vaksin Pfizer mempunyai kadar keberkesanan 88 peratus manakala Sinovac 76 peratus. Ini berdasarkan 300,000 kadar kemasukan ke hospital.

“Bagaimanapun, kadar keberkesanan selepas tiga hingga lima bulan disuntik menurun kepada 68 peratus bagi Pfizer manakala hanya 27 peratus bagi Sinovac,” katanya.

Setakat Jumaat lalu, dianggarkan sebanyak 144.57 juta dos penggalak sudah diberikan di peringkat global manakala sebanyak 825,497 dos diberikan di Malaysia. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka