web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Beri Tumpuan Khusus Isu Pengurusan Tambakan Laut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Nov 2021 8:36PM

Adly Zahari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) akan memberi perhatian khusus kepada isu pengurusan tambakan laut di Melaka, supaya pembangunannya dilaksanakan dengan lestari dan berhemah sekiranya diberi mandat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata ia termasuk mempertimbangkan semula projek reklamasi tanah dan tambakan laut di negeri itu dengan teliti, bagi memastikan pelaksanaannya sesuai dengan keperluan pembangunan semasa, selaras dengan manifesto Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan.

“Sebagai contoh seperti pelaksanaan Projek Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) yang merangkumi pembangunan sehingga di selatan Melaka, kerana kita melihat ia tidak wajar disebabkan ia merupakan kawasan aktiviti perikanan dan penternakan yang penting untuk sumber makanan rakyat di negeri ini.

“Ketika PH mentadbir negeri ini selama 22 bulan, kita telah menghentikan apa sahaja mengenai projek tambakan laut di negeri ini, dan tambakan laut ini harus dijalankan dengan teratur mengikut perancangan bagi mengelakkan berlakunya susut nilai serta lebihan terhadap tanah tebus guna,” katanya pada sidang media di Graha Amanah Bukit Katil di sini hari ini.

Mengulas lanjut Adli yang juga bekas ketua menteri Melaka itu berkata menerusi pelan itu juga, PH memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan aspek kesejahteraan rakyat, pemerkasaan ekonomi dan pelaksanaan reformasi pentadbiran di negeri itu, termasuk menangani masalah banjir.

“Kami komited untuk mengatasi masalah ini dan berikrar untuk menyelesaikannya dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan memastikan semua sumber digembleng sewajarnya dalam masa yang dijanjikan, ini termasuk mewujudkan kawasan tanah lembap dan menyelenggara serta membina kolam tangkungan bagi membolehkan penyaluran air yang sempurna.

“Itu antara aspek-aspek yang kita ketengahkan hari ini dan saya pikir Melaka harus memacu ke hadapan dengan merancang masa depan kita, untuk memberi kesejahteraan dan kestabilan kepada negeri dan negara kita,” katanya.

Pada 10 November lepas PH membentangkan manisfeso PRN Melaka yang mengandungi tiga teras utama iaitu Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil, dengan enam strategi dan 32 inisiatif sebagai pelan bertindak pentadbiran negeri Melaka.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 November, berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka