web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit Dikenal Pasti, Tiada Kes Baharu Taun Dikesan - Dr Sha’ari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 1:24PM

Masyarakat diseru untuk sentiasa minum air yang telah dirawat atau air yang telah dididihkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu kes taun atau kolera yang dikesan di daerah Petaling, Selangor pada 21 Oktober dikenal pasti membabitkan seorang wanita tempatan berusia 56 tahun.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman berkata pengendali makanan terlibat termasuk semua kontak rapat telah disaring.

“Pengambilan sampel persekitaran juga telah dijalankan. Sehingga kini tiada tambahan kes positif kolera dikesan.

“Kes juga telah sihat sepenuhnya setelah mendapatkan rawatan yang sewajarnya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita terbabit mengalami gejala cirit-birit teruk tetapi telah mendapatkan rawatan pada hari sama di sebuah fasiliti kesihatan swasta.

“Kes telah dirawat sebagai pesakit luar dan diambil sampel najis untuk dijalankan ujian.

“Keputusan ujian daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan kehadiran bakteria Vibrio Cholerae, serogroup O1, serotype Ogawa,” katanya.

Jelas beliau lagi, siasatan lanjut telah dijalankan secara menyeluruh namun punca jangkitan masih belum dapat dikenal pasti.

Namun katanya, tiada laporan kes baharu yang diterima sehingga kini.

Dr Sha’ari berkata, penyakit kolera amat berbahaya kerana berupaya merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

“Justeru, masyarakat diseru untuk sentiasa minum air yang telah dirawat atau air yang telah dididihkan.

“Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mencuci tangan, mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mempunyai gejala kolera dan tidak makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna,” katanya.

Tegasnya lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan sentiasa memantau situasi semasa di negeri itu bagi membendung sebarang kemungkinan penularan penyakit tersebut. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job – Fazley Yaakob Anggap Ayat Ini Terlalu Pedih Untuk Ditelan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kenyataan Presiden PAS Hanya Perang Saraf, Beliau Belum Pulih Penyakit…

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka