web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Presiden PAS Hanya Perang Saraf, Beliau Belum Pulih Penyakit…

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 7:34PM

Semalam, Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, beliau menjangkakan kerajaan hari ini yang diterajui oleh Anwar akan tumbang tidak lama lagi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat disifatkan sebagai perang saraf untuk menggambarkan seolah-olah wujud ketidakstabilan politik di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, kenyataan Abdul Hadi itu tiada asas kerana hakikatnya kerajaan perpaduan amat kukuh dengan sokongan majoriti dua pertiga.

“Lebih 100 hari sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara, beliau berjaya mewujudkan kesepakatan dan keyakinan dalam kalangan parti yang bergabung membentuk kerajaan.

“Pelbagai ikhtiar sudah dilaksanakan Perdana Menteri untuk menetapkan semula hala tuju dan keutamaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Semalam, ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di sini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, beliau menjangkakan kerajaan hari ini yang diterajui oleh Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun, tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat. 

“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan. InsyaAllah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut, Najwan berkata, Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri pada Jumaat lalu turut membuktikan komitmen kerajaan untuk menangani masalah rakyat berkait kos sara hidup serta membasmi kemiskinan.

Menurutnya, dasar luar negeri serta penghormatan yang dizahirkan oleh negara lain juga semakin baik sejak Anwar menerajui kerajaan.

“Omongan kosong Presiden PAS yang secara konsisten dengan naratif 'kerajaan akan jatuh' sejak Anwar berjaya membentuk kerajaan menunjukkan betapa beliau masih tidak dapat menerima realiti.

“Beliau juga belum pulih dari penyakit kemurungan politik,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi