web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Isu Kerakyatan Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Nov 2021 1:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing, berhak mendapat hak melalui pelaksanaan undang-undang untuk menjadi warganegara Malaysia, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak dalam prosiding itu secara dalam talian.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar apabila dihubungi berkata hakim mendapati ibu-ibu yang merupakan plaintif, telah menunggu lama dan mengalami kesukaran dan mereka tidak boleh menunggu sehingga proses rayuan berakhir kerana ia akan menjejaskan plaintif dan menyebabkan mereka terus mengalami kesukaran.

“Hakim Akhtar dalam keputusannya memutuskan bahawa pendirian defendan adalah bercanggah. Di satu pihak, mereka berkata pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan ibu hak itu harus terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja. Ini mengandaikan pindaan itu perlu.

“Bagaimanapun, tidak timbul soal pindaan kerana mahkamah telah memutuskan bahawa ibu mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, jika pindaan itu diteruskan, tidak timbul soal menarik balik sebarang dokumen yang dikeluarkan kepada ibu seperti yang diarahkan oleh mahkamah,” kata Gurdial.

Defendan adalah kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Gurdial, hakim itu juga mengatakan jika defendan berhasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka tidak boleh meletakkan sebarang halangan untuk ibu-ibu berkenaan.

Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan kerajaan membayar kos RM5,000.

Gurdial mewakili plaintif iaitu Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing manakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili kesemua defendan.

Pada 9 September, Hakim Akhtar dalam keputusan membenarkan saman plaintif bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak melalui peraturan undang-undang untuk menjadi warganegara Malaysia.

Berikutan itu, kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dan turut memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan itu.

Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Disember tahun lepas, mereka memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk bayi yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.

Antara lain, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka