web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peminjam Tidak Bayar PTPTN Mungkin Dikenakan Tindakan Undang-Undang - Noraini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 2:38PM

Datuk Dr Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang mungkin akan dikenakan ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih gagal menjelaskan hutang masing-masing, walaupun pelbagai usaha dilaksanakan untuk membantu mereka berbuat demikian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad bagaimanapun berkata, tindakan itu adalah langkah terakhir yang akan dipertimbangkan kerajaan.

Katanya, setakat 30 September lalu, sejumlah 22.5 peratus atau kira-kira 540,000 daripada 2.4 juta peminjam PTPTN tidak menjelaskan bayaran balik pinjaman selepas menamatkan pengajian dengan nilai hampir RM9.1 bilion.

“Seramai 2.4 juta peminjam sudah menamatkan pengajian dan sepatutnya PTPTN mula menerima hampir RM24.6 bilion sebagai bayaran balik.

“Setakat ini, 77.5 peratus peminjam sudah mula menjelaskan bayaran, dengan hampir 800,000 daripada mereka sudah melangsaikan keseluruhan jumlah pinjaman,” katanya.

Noraini memberitahu, 400,000 peminjam dikesan melunaskan bayaran secara konsisten mengikut jadual manakala 700,000 lagi membuat bayaran secara tidak konsisten.

“Setakat ini PTPTN berjaya mengutip RM15.5 bilion bayaran semula,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni di Dewan Rakyat hari ini, mengenai jumlah hutang dan kemampuan PTPTN memberikan pinjaman baharu kepada pemohon susulan beban tunggakan yang tinggi.

Noraini memaklumkan, model pembiayaan diguna pakai PTPTN adalah bergantung kepada prestasi bayaran balik sebagai sumber utama dana.

Jelasnya, dana itu disalurkan bagi membiayai pinjaman sedia ada dan pembiayaan baharu.

“Pemberian insentif diskaun seperti diskaun bayaran balik berjaya menarik minat peminjam untuk membuat bayaran kepada PTPTN.

“Diskaun seperti diumumkan Kementerian Kewangan itu adalah potongan 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 12 peratus untuk pembayaran 50 peratus baki hutang dan 10 peratus sekiranya membuat potongan gaji atau debit terus,” katanya. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka