web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Kes ADUN Tronoh Didakwa Rogol Amah 7 Disember ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2021 5:49PM

Paul Yong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong akan dilepaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia akan diketahui 7 Disember ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan.

"Saya perlu masa untuk semak dokumen, nota, bukti dan hujahan bertulis semua pihak dalam beberapa minggu sebelum membuat keputusan," katanya.

Pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi manakala pihak pembelaan terdiri daripada Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Terdahulu, Rajpal berhujah bahawa terdapat banyak persoalan kepada mangsa yang tidak dapat dijawab secara terperinci termasuk tidak membangkitkan isu rogol itu kepada orang terdekat seperti ibu atau isteri tertuduh.

Rajpal turut membangkitkan mengenai kesan asid deoksiribonukleik (DNA) campuran tidak diketahui pada beberapa eksibit yang bukan daripada Yong selain terdapat catatan ‘tunggu dan lihat’ dalam diari milik mangsa pada 6 Julai 2019 iaitu sehari sebelum kejadian rogol didakwa berlaku.

Peguam itu berkata cerita bahawa wanita itu dirogol oleh majikannya boleh direka kerana berdasarkan keterangan agensi pekerjaan, dakwaan itu adalah normal sekiranya pembantu rumah ingin pulang ke negara asal serta tidak mahu bekerja sebagai pembantu rumah selain terdapat konspirasi politik.

Sementara itu, Azlina berhujah mangsa telah memberitahu bahawa dia tidak menceritakan kepada isteri tertuduh dan keluarga terdekat kerana telah diugut sebelum ini.

Azlina berkata mangsa juga telah menghubungi Kedutaan Besar Republik Indonesia sebanyak tiga kali pada 11 pagi keesokan harinya untuk melaporkan kejadian (dakwaan rogol) dan fakta tersebut disahkan melalui panggilan telefon.

Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya di kediaman beliau di Meru Desa Park di sini antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka