web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PGA9 Gagalkan Cubaan Seludup Vape, Cecair Perisa Bernilai RM160,350

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:27PM

Rokok seludup bernilai RM160,350 telah dirampas oleh PGA9 dalam serbuan yang dijalankan malam semalam. - Gambar ihsan PGA9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Tindakan sekumpulan lelaki cuba menyeludup rokok elektronik dan cecair pelbagai perisa gagal, apabila diserbu ketika sedang memunggah kotak berisi bahan itu sebuah pangkalan haram Jeram Perdah 2 di sini, malam semalam.

Serbuan pada jam 8.30 malam itu berjaya merampas rokok elektronik dan cecair perisa berkenaan yang bernilai RM160,350. 

Pegawai Pemerintah PGA9, Supt Nor Azizan Yusof berkata, dalam operasi itu pihaknya menjumpai 300 batang rokok elektronik dan 5,614 botol cecair perisa, masing-masing bernilai RM45,000 dan RM115, 350.

Katanya, anggota bertugas yang membuat rondaan terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang mengangkut beberapa kotak untuk diletakkan ke dalam perahu.

"Anggota bertugas kemudian mendekati kumpulan itu, namun mereka melarikan diri ke negara jiran dengan menaiki perahu dan pada masa sama, meninggalkan kesemua barangan itu.

"Hasil pemeriksaan menemui kotak-kotak yang mengandungi rokok elektronik dan cecair perisa disyaki untuk dibawa ke negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya.

Nor Azizan berkata, kesemua barangan itu dirampas dan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah bagi siasatan lanjut, sebelum diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Kelantan.

"Difahamkan, Thailand mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan penyeludup memilih cara membawa masuk bahan terbabit secara haram untuk dipasarkan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Racun 1952. - Getaran, 16 November 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka