web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dengar Letupan 2 Kali - Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 7:43AM

Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik TUDM terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH -  “Saya terdengar dua bunyi letupan kuat sebelum nampak api mula marak dalam kawasan landasan TUDM,” kata seorang saksi kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, di sini malam tadi.

Mastura Mohammad Nordin, 44, pemilik kedai makan di Kampung Benggali, Sungai Puyu berkata beliau terdengar dua letupan kuat, diikuti api yang marak pada pesawat tersebut setelah terhempas di kawasan landasan berkenaan.

“Masa mula-mula kejadian dalam pukul 10 (malam) lebih, saya terdengar bunyi letupan kuat...dua kali juga (bunyi letupan), kemudian diikuti api yang marak selepas pesawat terhempas.

“Selepas terhempas, kami terus meluru ke pagar dan lihat api begitu marak dan berharap tiada apa-apa yang serius menimpa juruterbang atau orang sekeliling,” katanya yang kedai makannya itu terletak kira-kira 100 meter dari Pangkalan Udara TUDM, kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian kira-kira 10.07 malam itu, seorang juruterbang TUDM maut, manakala seorang lagi cedera apabila pesawat Hawk yang sedang dalam latihan penerbangan malam, terlibat dalam kemalangan.

TUDM dalam satu kenyataan menyatakan kedua-dua juruterbang itu dikenal pasti sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan Mejar Mohd Fareez Omar.

Menurut kenyataan itu, Mohamad Affendi meninggal dunia dalam nahas itu, manakala Mohd Fareez yang cedera berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Seberang Jaya mendapati, anggota TUDM dan polis telah mula bersedia di perkarangan hospital sejak 1 pagi bagi menguruskan jenazah anggota yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Turut kelihatan di perkarangan hospital termasuk Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Asghar Khan Goriman Khan, menunggu jenazah Mohamad Affendi yang tiba di Jabatan Forensik pada jam kira-kira 2 pagi.

Difahamkan, pihak hospital akan menjalankan bedah siasat, awal pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Wow, Macam 'Movie' Lah Meletup Tu!

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Insiden Helikopter Terhempas Di Pulau Angsa: 4 Termasuk Juruterbang Selamat - CAAM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka