web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misteri Dana Emily Rose, Keluarga Resah Tunggu Jawapan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 3:27PM

Sharifah Hanim Zakaria bersama dua anaknya Jude (kiri) dan Luke.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Untuk kebanyakan rakyat Melaka, 20 November ini adalah tarikh  keramat kerana mereka akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bagaimanapun, bagi Zolkarnain Zakaria, detik penting buat keluarganya akan hadir dua hari selepas tanggal itu.

Tarikh 22 November disifatkan sebagai peluang terakhir adiknya, Sharifah Hanim, yang menetap di London, untuk mendapatkan hak jagaan anaknya, Emily Rose Isabella.

“Adik saya perlu membayar £15 ribu (RM85,000) kepada peguam supaya beliau boleh memfailkan tuntutan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi London.

“Apabila sudah mendapat perintah tersebut, ia secara langsung akan mengetepikan tuntutan daripada pihak lain di Mahkamah Keluarga London Timur,” jelas Zolkarnain kepada Getaran.

Perbicaraan tentang hak penjagaan Emily Rose Isabella di Mahkamah Keluarga London Timur akan berlangsung dari 23 hingga 30 November ini.

Selain ibunya, hak penjagaan kanak-kanak berusia dua tahun itu turut dituntut oleh tiga pihak lain iaitu bapa kandungnya, Brian Winnet, keluarga angkat dan Jabatan Kebajikan Sosial London.

Apa yang lebih menggusarkan hati Zolkarnain adalah ketidaktahuannya tentang status wang kutipan dana untuk membiayai kos guaman  yang dibuat di Malaysia, khususnya di Melaka.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah berjaya mengutip sebanyak RM 30,000, tapi sampai sekarang saya tak nampak duit itu depan mata saya.

“Saya pun tidak tahu apa status kutipan dana tersebut,” luahnya.

Kutipan dana bagi membantu Sharifah Hanim dan Emily Rose dilancarkan pada bulan September menerusi bantuan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mohamad Ali Mohamad
Mohamad Ali Mohamad

Mohamad Ali juga adalah calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka kali ini yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Buat masa ini Getaran difahamkan, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom masih gagal untuk menghubungi Mohamad Ali bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung perkara terbabit.

Cubaan Getaran untuk mendapatkan komen Mohamad Ali berkenaan dengan perkara itu juga masih belum membuahkan hasil.

Bagaimanapun, seorang pegawainya menjelaskan, kutipan  dana itu masih dijalankan.

“Kalau boleh kami ingin meminta supaya pertanyaan berhubung perkara ini diajukan selepas PRN kerana khuatir ia akan menjejaskan kempen Datuk Seri (Mohamad Ali).

“Tapi apa yang boleh saya maklumkan adalah kutipan dana itu masih berjalan,” jelas pegawai itu kepada Getaran.

Persoalannya sekarang, sempatkah dana tersebut dikutip dan disalurkan kepada pihak Sharifah Hanim dalam masa sehari selepas PRN? - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

4

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka