web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

Sarimah menjalani latihan kelas lakonan bersama jurulatih Gerry Grennel yang juga melatih banyak bintang-bintang popular Hollywood

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 9:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim dengan bangganya mengumumkan pencapaian penting dalam kerjaya apabila dia bergabung dengan Fiona Cross Management, sebuah agensi bakat terkemuka yang berpangkalan di London. 

Kerjasama ini menandakan detik penting dalam trajektori kerjaya seninya untuk melangkah lebih jauh dan meraih perhatian global. 

Dengan kerjaya menjangkau lebih dua dekad dalam industri hiburan Malaysia, Sarimah Ibrahim telah memikat penonton dengan bakat luar biasa dan serba boleh di layar. Dia bukan sahaja cemerlang di layar perak, tetapi juga mengumpan perhatian penonton di skrin televisyen. Manakan tidak, walaupun berwajah ‘mat salleh’ dia juga fasih berbahasa Melayu. 

Ketika dihubungi oleh wartawan HibGlam, Sarimah memberitahu dia mengambil langkah untuk bersama agensi dari London itu setelah setahun menjalani kelas lakonan bersama jurulatih Gerry Grennel yang juga telah melatih banyak nama bintang-bintang popular Hollywood.

“Selepas setahun jalani kelas lakonan bersama Gerry Grennel jurulatih lakonan yang bekerjasama dengan Tom Cruise, Heath Ledger dan ramai pelakon Hollywood lain, dia percaya dengan bakat saya dan menggalakkan saya mencari ejen bakat di London.

“Dua bulan saya berada di London dan bertemu dengan ramai ejen, akhirnya saya membuat keputusan untuk bersama Fiona Cross Management. Pihak mereka akan mengguruskan karier berkaitan filem dan drama peringkat antarabangsa,” ujar Sarimah kepada HibGlam.

Sementara itu, Fiona Cross Management sangat teruja untuk mengalu-alukan Sarimah Ibrahim ke agensi itu. 

“Kami berbesar hati mengalu-alukan Sarimah ke pasukan bakat kami. Bakatnya yang luar biasa, dedikasi dan daya tarikan semula jadinya menjadikannya benar-benar memberi inspirasi kepada agensi kami. Kami komited untuk menyokong visi artistik Sarimah dan melonjakkan kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi,” ulas Pengasas dan Pengarah Fiona Cross Management. - Getaran, 21 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

PDRM Terima 37 Laporan Berhubung Ancaman Bom Palsu Di Seluruh Negara

4

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara