web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 9:35PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Orang ramai berkumpul di luar Dewan Parlimen di London pada Rabu menuntut supaya Ahli Parlimen mengundi menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan ketika Ahli Parlimen mengundi usul yang dicadangkan oleh Parti Kebangsaan Scotland (SNP), sama ada menyokong gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Usul berkenaan menyeru kerajaan untuk bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mendesak semua pihak yang berkaitan supaya bersetuju dengan gencatan senjata segera.

Penunjuk perasaan mula tiba di kawasan Parlimen pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan bagi menghadiri 'himpunan kecemasan' yang dianjurkan satu gabungan.

Gabungan sama telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran pro-Palestin setiap minggu.

Sambil mengibarkan bendera Palestin, orang ramai turut mengecam ahli politik yang enggan menyeru gencatan senjata di wilayah yang terkepung, di mana angka kematian kini telah melebihi 11,000 orang.

"Saya tidak mempunyai perkataan sesuai untuk menggambarkan kelemahan moral mana-mana Ahli Parlimen yang hari ini mengundi menentang gencatan senjata," kata pengarah Kempen Solidariti Palestin (PCS), Ben Jamal ketika perhimpunan itu.

Usul yang menggesa gencatan senjata 'segera' di Gaza itu telah ditolak dengan undian 294-125. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi