web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Exco Melaka Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2021 3:37PM

Datuk Seri Abdul Ghafar Atan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan Datuk Seri Abdul Ghafar Atan meninggal dunia di Hospital Melaka kira-kira 1.04 petang tadi.

Anak Allahyarham, Nor Halis Abdul Ghafaar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu berkata jenazah bapanya dijangka dikebumikan selepas waktu maghrib di Tanah Perkuburan Kampung Asahan.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Ghafar yang juga bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri itu mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas disahkan positif COVID-19 sejak minggu lepas.

Allahyarham telah ditidurkan sejak 9 November lepas berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah Datuk Rospandi Leman menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar atas sumbangan dan jasanya kepada rakyat dan parti.

“Saya juga difahamkan arwah sudah 10 hari terpaksa ditidurkan ketika menerima rawatan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Kepimpinan UMNO Alor Gajah turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham selain amat menghargai dan mengenang jasanya terutama di bahagian ini,” katanya.

Abdul Ghaafar membuat penampilan pertama sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada 2004 dan seterusnya mempertahankan kerusi itu pada PRU Ke-12 pada 2008.

Pada PRU Ke-13 Allahyarham kemudiannya bertanding di kerusi DUN Asahan dan mempertahankan DUN tersebut pada PRU Ke-14. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

3

Semasa 11 bulan yang lalu

PRK Jepak: Proses Pengundian Berjalan Lancar - Pengerusi SPR

4

Semasa 11 bulan yang lalu

PRK Jepak: Cuaca Pagi Esok Diramal Cerah, Ribut Petir Sebelah Petang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka