web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Lelaki Maut, Terjatuh Tingkat 16 Kondominium

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 7:49AM

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Selangor. - Gambar Bernama TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, di sini, semalam.

Ibu saudara kanak-kanak itu Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi apabila tiba-tiba beliau sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu selepas didapati tiada di biliknya.

"Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia (anak saudara) baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam, namun sebaik sahaja saya siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia (anak saudara) di rumah. 

“Saya terus telefon Bella (ibu kanak-kanak itu) yang berada di luar semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya beliau mendapat tahu bahawa anak saudaranya itu berada di tingkat dua kondominium itu selepas dihubungi oleh Bella, yang dimaklumkan orang ramai bahawa ada kanak-kanak dikesan di tempat berkenaan.

Fauziah berkata anak saudaranya itu merupakan seorang yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun yang ketika kejadian turut berada di rumah. 

Sementara itu teman lelaki Bella yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Am’ berusia 20-an berkata dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Bella Jumaat ini. 

Am berkata beliau sedang tidur di rumahnya di Ampang semasa mendapat panggilan telefon daripada bakal isterinya itu yang memberitahu bahawa anaknya hilang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka