web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekerja Pasar Raya Dituduh Bunuh Anak Angkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 10:49AM

Tertuduh (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Seorang pekerja pasar raya didakwa membunuh anak angkat lelaki berusia dua tahun di Mahkamah Majistret Rompin, dekat sini, hari ini. 

Tertuduh, Mohd Noor Ab Manap, 31, yang berasal dari Kampung Kasing, Endau, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Kampung Janglau, di sini, kira-kira jam 2 pagi, 11 November lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Tertuduh yang diwakili peguam, Ahmad Deniel Roslan hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat membunuh mangsa, Adam berusia sekitar dua tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Azahari Mukhtar memaklumkan, tertuduh bertindak memijak mangsa pada bahagian perut sebanyak dua kali pada tarikh tersebut, hingga mengakibatkan kanak-kanak malang itu meninggal dunia. 

Tertuduh dikatakan melakukan perbuatan terbabit kerana tidak berpuas hati apabila terpaksa menjaga mangsa. 

Mangsa kemudiannya dibawa oleh tertuduh ke Hospital Rompin dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 4 pagi, hari sama. 

Mahkamah menetap 20 Januari tahun hadapan bagi tarikh sebutan semula kes untuk menunggu keputusan ujian kimia. - Getaran, 18 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka