web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan Pantas Polis Berjaya Halang Aksi Samseng Jalanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 2:25PM

Antara yang ditahan dalam ops khas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA : Polis negeri ini berjaya menghalang 'hasrat' sekumpulan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu meraikan tamatnya peperiksaan itu, dengan menunggang motosikal dan melakukan beberapa aksi samseng jalanan di dua lokasi tumpuan.

Ketika Ops Khas (Pengubahsuaian Ekzos dan Pemantauan Calon SPM) itu dilakukan, ada antara mereka yang sudah beraksi dengan menunggang laju sebelum ditahan polis.

Malah, yang cuba bertindak berani dengan melawan arus dalam usaha meloloskan diri daripada pihak berkuasa, tetapi cubaan itu bagaimanapun berjaya dipatahkan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, operasi khas selama lima jam bermula 3 petang itu dijalankan di dua lokasi iaitu di Dataran Klebang dan Pantai Puteri.

Beliau berkata, tindakan terbabit dilakukan pihaknya bagi mengekang aksi samseng jalanan sebagai tanda 'kebebasan'.

"Tahun sebelumnya tindakan calon SPM yang berkumpul dan melakukan aksi seperti ini pernah tular, justeru kita tidak mahu perkara sama  berulang.

"Sepanjang ops khas ini, sebanyak 53 motosikal diperiksa dan 63 pelajar termasuk pelajar perempuan ditahan," katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, polis mengeluarkan 92 saman untuk pelbagai kesalahan trafik, hasil daripada pemeriksaan dilakukan.

"Tidak mempamerkan pelekat P/L antara kesalahan tertinggi dengan 21 saman, diikuti aksesori tidak sempurna (17) serta pengubahsuaian ekzos dan menunggang bawah umur 17 tahun (6).

"Antara kesalahan lain yang dikesan adalah tiada nombor pendaftaran, tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, nombor plat 'fancy' serta tiada perlindungan insurans," katanya.

Hasan Basri berkata, pihaknya turut menyita 14 motosikal, manakala  penunggang bawah umur yang ditahan pula memerlukan kehadiran ibu bapa sebagai penjamin. - Getaran, 4 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Politik 4 jam yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan