web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jom Memancing Tarikan Baharu Untuk Orang Ramai di Zoo Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 3:09PM

Rosly Ahmad melepaskan ikan ke dalam kolam sempena pembukaan kolam memancing di Tasik Tunku Abdul Rahman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ULU KELANG - Semua kaki pancing berpeluang melakukan aktiviti kegemaran mereka itu, sambil menikmati kehijauan alam sekitar di Zoo Negara, serentak dengan pembukaan kolam memancing di Tasik Tunku Abdul Rahman bermula 20 Februari lepas.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmad Lana berkata, aktiviti dikenali sebagai Jom Memancing itu adalah idea dicetuskan Pengarah Perhubungan Awam, Pemasaran, Khidmat Pelanggan dan Pendidikan, Dr Linda Salim, dan ia dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau, ia adalah antara inisiatif dilakukan pihaknya bagi menjana pendapatan, untuk menampung kos pengurusan premis berkenaan.

“Jom Memancing ini bermula dengan kapasiti 50 orang sahaja tetapi diluaskan kepada 70 hingga 90 orang selepas berjaya dapat sambutan orang ramai.

“Dengan bayaran serendah RM35, orang ramai berpeluang untuk mencuba nasib dan mendaratkan pelbagai spesies ikan air tawar seperti toman, jelawat, keli dan tilapia,” katanya.

Rosly Ahmad memegang ikan yang terdapat di kolam pancing di Tasik Tunku Abdul Rahman.
Rosly Ahmad memegang ikan yang terdapat di kolam pancing di Tasik Tunku Abdul Rahman.

Rosly berkata, masalah kekurangan dana pada skala besar yang ditanggung Zoo Negara lewat kebelakangan ini memaksa premis ikonik negara itu menggerakkan pelbagai alternatif bagi menampung perbelanjaan operasi.

“Antara alternatif disifatkan efektif adalah program pengambilan haiwan angkat, yang dilakukan secara di akaun rasmi Zoo Negara di Facebook dan Instagram.

“Kami juga mencipta saluran khas untuk orang ramai membantu, seperti menderma melalui Maybank2u, Ticket2u.com, Lazada dan Shopee,” katanya.

Zoo Negara
Zoo Negara

Rosly berkata, orang ramai boleh memilih sama ada untuk memberi sumbangan secara bulanan mengikut pakej disediakan atau menerusi konsep one time off.

Zoo Negara juga jelas beliau, menerima sumbangan dana dari badan kerajaan dan swasta yang sehingga kini berjumlah lebih RM11.6 juta.

“Antara penyumbang terbesar ialah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebanyak RM1.3 juta serta beberapa syarikat swasta lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain Rosly memberitahu, Zoo Negara juga merancang untuk mewujudkan pameran reptilia terbesar di Asia, dikenali sebagai Rimba Reptilia.

“Buat masa ini, Rimba Reptilia masih belum dibuka sepenuhnya kerana ada beberapa perincian lain yang perlu disempurnakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata, Zoo Negara juga akan kembali beroperasi mulai hari ini, dengan potongan harga tiket sebanyak 20 peratus bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak, selepas ditutup selama tujuh bulan ekoran pandemik COVID-19. - Getaran, 5 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia-China Akan Bincang Tempoh Perjanjian Pinjaman Panda Gergasi - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Zoo Negara Diiktiraf Antara Penjaga Panda Gergasi Terbaik Dunia

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Politik 5 jam yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375