web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia-China Akan Bincang Tempoh Perjanjian Pinjaman Panda Gergasi - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 2:45PM

Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama ahli keluarga meluangkan masa melawat sekitar Zoo Negara selepas Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghubungi kerajaan China bagi membincangkan sama ada ia boleh melanjutkan tempoh perjanjian pinjaman panda gergasi yang akan tamat pada tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau optimis kerajaan China akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu memandangkan kedua-dua negara telah menjalin hubungan diplomatik yang kukuh selama ini.

"Panda gergasi itu akan dikembalikan. Saya rasa saya akan bincang dengan kerajaan China, Presiden Xi Jinping, untuk melihat beberapa mekanisme sama ada kita boleh melanjutkan tempoh panda itu tinggal di Malaysia.

"Berdasarkan hubungan baik kita, saya agak optimis mereka akan memberi pertimbangan dan sokongan sewajarnya kepada cadangan kita," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Zoo Negara ke-60 di Dataran Dato' Ismail Hudson di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii; Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.

Pasangan panda gergasi yang menjadi ikonik hubungan Malaysia-China, iaitu Xing Xing dan Liang Liang dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia pada 2014 selama 10 tahun sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Pinjaman itu dibuat di bawah Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda, yang membolehkan Malaysia menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan panda gergasi selain membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Sehingga kini, Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak panda, Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Januari 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021, yang menyaksikan Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 2017. 

Pada Ogos tahun lalu, Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada Yi Yi dan Sheng Yi apabila Zoo Negara menghantar pulang kedua-dua anak panda itu ke negara asalnya.

Sementara itu dalam sidang media, Anwar berkata, walaupun kos pengurusan bagi panda tersebut agak tinggi, namun ia sedikit sebanyak menjadi tarikan utama pengunjung untuk melihat sendiri haiwan yang berasal dari China itu.

"Kita tidak bayar harga panda, cuma penyenggaraan sahaja dan kalau ditanya orang ramai berkunjung ke zoo (ramai) nak lihat panda. Bagi rakyat dia merasakan ini adalah peluang sekali seumur hidup melihat panda, jadi saya tentu pertimbang dari segi itu," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk program-program pembangunan Zoo Negara termasuk dari aspek pemuliharaan.

Anwar berkata, kelulusan berkenaan juga akan ditambah dengan dana terkumpul menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat terlibat, berjumlah RM5 juta.

"Dengan kadar RM10 juta ini kita akan kawal (membabitkan) wakil Menteri Besar dan kerajaan supaya dapat bekerjasama dengan jawatankuasa Zoo Negara supaya kita dapat baiki perancangan dan projek-projek di Zoo Negara," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 10 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir