web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tapak Arkeologi Sungai Batu Bakal Pupus?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 9:03AM

Gambar dari media sosial

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Malaysia bakal kehilangan khazanah bertaraf dunia yang tersemadi di tapak arkeologi tamadun tertua Asia Tenggara, akibat satu penempatan yang dipercayai wujud secara haram sejak tahun 2008.

Lebih mengejutkan, usaha memindahkan ‘perkampungan’ itu menemui kegagalan walaupun pelbagai langkah sudah diambil kerajaan negeri sebelum ini.

Masalah itu nampaknya semakin parah, apabila kerja-kerja mengukur jalan bagi menghubungkan penempatan terbabit yang berada dalam kawasan Tapak Arkeologi Sungai Batu (TASB) dengan jalan utama, dikatakan telah bermula sejak dua hari lepas.

Peta TASB
Peta TASB

TASB, satu lokasi yang kaya dengan artifak purba ditemui oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (CGAR), Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2007 dan dinobatkan sebagai kawasan tamadun tertua di rantau ini pada 23 Mei, 2016 oleh lima pakar arkeologi dunia.

Penganugerahan itu diketuai oleh Profesor Dr Stephen Oppenheimer dari Universiti Oxford, United Kingdom.

Sumber mendedahkan, sebanyak 97 kawasan yang mempunyai struktur artifak telah ditanda pada tahun 2008, membabitkan penggalian 57 tapak dan dibuka sehingga 2021.

Ia kemudiannya diwartakan sebagai warisan kebangsaan pada 28 November 2017.

Kesemua tapak berusia 2,600 tahun yang merupakan sebahagian daripada jajaran Lembah Bujang itu didapati membentuk sebuah kompleks kegiatan ekonomi dan sosial seperti peleburan besi, jeti kuno, tapak ritual dan pusat pentadbiran tamadun silam.

Getaran diberitahu, pihak berkuasa tempatan juga bertindak menghalau Pengarah CGAR, Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin, malah kabin penyelidik dan bilik artifak dibina CGAR turut dipindahkan.

“Semua ini demi memberi ruang kepada pembinaan jalan untuk penempatan haram itu.

“Belum pernah terjadi dalam mana-mana kawasan sejarah, pengkaji yang menjumpai tinggalan purba dihalau dari kawasan berkenaan,” kata sumber itu, sambil meminta identitinya dirahsiakan.

Penemuan artifak purba, yang berkait rapat dengan tamadun Kedah Tua di Lembah Bujang. - Gambar dari media sosial
Penemuan artifak purba, yang berkait rapat dengan tamadun Kedah Tua di Lembah Bujang. - Gambar dari media sosial

TASB sarat dengan artifak serta struktur ketamadunan Melayu Kedah Tua yang wujud seawal tahun 788 Sebelum Masihi, lebih lama daripada Candi Borobudur di Jawa Tengah serta Kuil Angkor Wat di Kemboja.

Penubuhan TASB diilhamkan bekas Perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007 susulan penemuan artifak purba, yang berkait rapat dengan tamadun Kedah Tua di Lembah Bujang dan dijumpai semasa pembinaan Jalan Pintasan Semeling, 16 tahun lalu.

Sumber memberitahu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 23 November 2019 pernah mengambil inisiatif untuk memulakan proses pemindahan penempatan berkenaan, mencakupi sepuluh buah rumah dan sebuah sekolah maahad tahfiz.

“Pemindahan tersebut dibuat setelah kerajaan negeri menerima desakan dari pelbagai pihak termasuk ketua pembangkang di Kedah pada masa itu, Muhammad Sanusi Md Noor yang juga merupakan Menteri Besar ketika ini.

“Sekarang apa sudah jadi? Dari sepuluh,  sekarang dah bertambah jadi 20 buah rumah. Banglo pun ada. Undang-undang dah jadi mainan. Asal pacak tiang rumah saja dianggap sudah milik sendiri,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 4 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 13 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa