web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Viral Rosak Cermin Kereta Isteri Diberkas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 12:56PM

Tular di media sosial seorang lelaki mengugut dan merosakkan cermin kereta isterinya di Lorong Panglima, dekat Jalan Teluk Wan Jah, Alor Setar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki yang bertindak melampau dengan mengugut dan merosakkan cermin kereta isterinya membawa padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada isteri mangsa kira-kira jam 10.37 pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di Lorong Panglima, dekat Jalan Teluk Wan Jah di sini, apabila mangsa terlebih dulu menyedari bahawa kereta dipandunya, diekori oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave.

"Lelaki yang berusia 30 tahun itu kemudian menahan kenderaan isterinya, lalu mengetuk cermin penumpang bahagian depan beberapa kali bagi meminta mangsa menurunkan tingkap, dengan alasan mahu memberi wang kepada anak mereka.

"Wanita tersebut yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai kerani menurunkan sedikit tingkap kereta, namun suspek secara tiba-tiba merentap cermin tingkap itu hingga menyebabkannya pecah dan tercabut," katanya hari ini.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial, setelah wanita berkenaan berjaya merakam tindakan tidak berperikemanusiaan suaminya itu, sekali gus mengundang kecaman netizen terhadap lelaki terbabit.

Serpihan kaca cermin kereta jenis Perodua Axia yang pecah itu turut terkena anak mangsa menyebabkan kanak-kanak tersebut menangis dan terkejut.
Serpihan kaca cermin kereta jenis Perodua Axia yang pecah itu turut terkena anak mangsa menyebabkan kanak-kanak tersebut menangis dan terkejut.

Ahmad Shukri menambah, serpihan kaca cermin kereta jenis Perodua Axia yang pecah itu turut terkena kepada anak mangsa menyebabkan kanak-kanak tersebut menangis dan terkejut dengan insiden berkenaan.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan tepi jalan, tidak jauh daripada rumah mangsa.

"Susulan laporan dan siasatan yang dijalankan, polis menahan suspek pada hari yang sama, tidak lama selepas kejadian itu berlaku.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan dengan suspek direman selama empat hari bermula semalam, bagi tujuan siasatan lanjut," katanya. - Getaran 15 Disember 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM