web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Awang Rasau Mati Akibat Komplikasi Selepas Ditembak Pemburu Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 9:34AM

Harimau Malaya ini gagal diselamatkan selepas mengalami komplikasi akibat ditembak pemburu haram - Gambar dari Twitter Perhilitan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seekor Harimau Malaya yang dilaporkan ditangkap di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu, 22 Februari lalu, gagal diselamatkan selepas mengalami komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya, semalam.

Harimau Malaya yang diberi nama 'Awang Rasau' disahkan mati di Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia memaklumkan, harimau jantan spesis Panthera Tigris Jacksoni itu sebelum ini menderita kesakitan akibat kecederaan terkena lapan butir peluru yang ditembak pemburu haram.

Kematian haiwan itu dilaporkan pada 12 tengah hari, semalam.

Awang Rasau cuba diselamatkan oleh Perhilitan namun gagal. - Gambar dari Twitter Perhilitan
Awang Rasau cuba diselamatkan oleh Perhilitan namun gagal. - Gambar dari Twitter Perhilitan

"Selepas kesihatan Awang Rasau semakin merosot pada 3 Mac lalu, pihak Perhilitan sedaya upaya menyelamatkannya dengan mendapatkan rawatan susulan serta nasihat doktor pakar di Hospital Veterinar UPM pada 4 Mac.

"Bagaimanapun, Awang Rasau masih tidak dapat diselamatkan," katanya menerusi ciapan di laman Twitter.

Perhilitan berkata, peluru ditembak ke arah harimau itu sebelum ini mengenai paru-paru dan sistem saraf haiwan itu.

"Ia menyebabkan harimau itu lumpuh separuh badan dan hanya boleh bergerak menggunakan kaki hadapannya saja manakala luka kaki belakangnya akibat seretan amat serius," katanya.

Harimau Malaya itu ditangkap Perhilitan melalui tembakan ubat pelali pada 22 Februari lalu di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu, selepas menerima aduan penduduk berhubung gangguan harimau yang menyerang ternakan sekitar ladang sejak November tahun lalu.

Haiwan itu ditemukan cedera dengan tiga kesan tembakan pada bahagian kaki belakangnya dan kemudian dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan susulan dan pemantauan lanjut. - Getaran, 6 Mac 2021

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Politik 7 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa