web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tubuh Suruhanjaya Teliti Semua Dasar Tangani Bencana - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Dec 2021 5:05PM

Anwar berkata, penubuhan suruhanjaya itu amat perlu dilaksanakan memandangkan rakyat merasa cukup kecewa dengan kecuaian serta kelemahan kerajaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Satu suruhanjaya perlu diwujudkan untuk meneliti semula seluruh dasar, peranan serta tindakan dalam menangani banjir besar baru-baru ini, bagi memastikan segala kelemahan yang wujud tidak lagi berulang pada masa depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan suruhanjaya itu amat perlu dilaksanakan memandangkan rakyat terutamanya mereka yang berdepan bencana itu, merasa cukup kecewa dengan kecuaian serta kelemahan kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan jelas lembab bertindak, malah tiada langsung sistem amaran awal diberikan sebagai peringatan sebelum bencana tersebut melanda.

“Sekarang pula ada pihak yang salahkan tentera dan bomba kerana lambat bertindak. Itu saya tak setuju kerana tentera ini kalau kita beri arahan cepat dan jelas, mereka akan keluar serta-merta.

“Masalahnya adalah kepimpinan. Bukan saja lembab malah turut menyebabkan banyak masalah termasuk dari aspek penyaluran makanan.

“Jadi kita faham mengapa rakyat merasa begitu kecewa dengan kecuaian, kelemahan kerajaan tangani masalah ini.

“Sebab itu saya katakan harus ada suruhanjaya teliti semula seluruh dasar, peranan dan tindakan diambil supaya hal ini tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pemantapan Pilihan Raya PKR Kedah di Pantai Merdeka, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang jelas kecewa dengan kelemahan itu berkata, banjir bukanlah perkara yang baharu di Malaysia, dan beliau sendiri pernah mempengerusikan usaha untuk mengatasi masalah banjir besar pada 1995.

Pada ketika itu katanya, segala mesyuarat diadakan pada hari kejadian dan tentera juga dikerah pada waktu sama bagi melakukan tugas menyelamat.

“Tetapi lihat apa yang berlaku baru-baru ini. Terpaksa tunggu sehari, dua hari dan kemudian tiada arahan jelas. Dalam hal ini, semua kena jawab termasuklah Menteri Pertahanan, Perdana Menteri dan  menteri-menteri lain.

“Itulah yang sepatutnya dilakukan dan yang mereka pergi nak buat lawatan orang kenamaan (VIP) buat apa? Lawatan itu sepatutnya bantu orang bekerja dan bukannya menyusahkan,” tegasnya. - Getaran 23 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

2

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Politik 2 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

4

Semasa 3 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain โ€“ Anwar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain โ€“ Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet โ€“ PERHILITAN

Semasa 7 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas