web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sama-Sama Dirundung Duka, Mangsa Tsunami Doa Keselamatan Mangsa Bencana Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 6:05PM

Gambar yang dirakamkan pada 1 Disember 2005, iaitu setahun selepas tragedi tsunami, menunjukkan Thulaasi, yang terselamat dari bencana itu, didukung oleh bapanya, Suppiah, di Pulau Pinang. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jangan putus asa dan kuatkan semangat, demikian nasihat  seorang mangsa tsunami di Pulau Pinang kepada mangsa bencana banjir di Selangor dan Pahang.

A Suppiah, 73, berkata, mangsa banjir perlu bersabar dan sentiasa bersyukur kepada Tuhan walaupun diuji dengan musibah alam.

“Jangan sedih terlalu lama. Kita perlu teruskan hidup walau apa jua yang berlaku.

“Saya juga pernah diuji begitu. Saya mendoakan semua mangsa banjir supaya sentiasa bersemangat untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui Getaran hari ini.

A Suppiah
A Suppiah

Terdahulu, Suppiah melakukan upacara sembahyang dan kenduri kesyukuran di Pantai Miami, Batu Ferringghi, di sini, bagi memperingati peristiwa tsunami sempena ulang tahun ke-17 tragedi itu hari ini.

Dalam kejadian pada 2004 lalu, anak bongsunya, S Thulaasi yang baru berumur 22 hari ketika itu, dihanyutkan ombak besar tsunami ketika sedang nyenyak tidur di atas tilam.

Thulaasi bagaimanapun terselamat apabila gelombang kedua ombak tsunami telah ‘mengembalikannya' ke pantai dalam keadaan selamat.

Suppiah dan anaknya melakukan upacara sembahyang dan kenduri kesyukuran di Pantai Miami, Batu Ferringghi, hari ini.
Suppiah dan anaknya melakukan upacara sembahyang dan kenduri kesyukuran di Pantai Miami, Batu Ferringghi, hari ini.

Suppiah berkata, peristiwa tsunami itu telah menyebabkan rumah dan kedainya musnah seratus peratus dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM62,000.

Suppiah yang mengusahakan Miami Cafe di Batu Ferringghi selama 26 tahun berkata, beliau mengambil masa selama lapan bulan untuk bangkit semula, menerusi pinjaman kewangan daripada rakannya serta bantuan dihulurkan ramai pihak.

“Ramai pelancong yang juga pelanggan tetap saya, membantu saya ketika itu. Mereka hubungi saya dan tanya apa yang mereka boleh bantu.

“Saya sangat bersyukur kerana ramai pihak yang prihatin. Mereka ini sama seperti rakyat Malaysia sekarang yang bersatu hati membantu semua mangsa banjir di sana,” katanya.

S Thulaasi
S Thulaasi

Sementara itu, Thulaasi yang digelar bayi ajaib berkata, beliau mendoakan mangsa banjir supaya diberikan rezeki yang lebih baik selepas musibah ini selesai.

“Saya harap mereka tidak putus asa. Ini adalah ujian daripada Tuhan, dan semuanya akan berlalu dengan baik selepas ini,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.

Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.3 pada skala Richter di bawah dasar laut tercetus di barat pulau Sumatera, Indonesia, menyebabkan berlakunya tsunami yang meragut lebih 200,000 mangsa di Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka.

Di Malaysia, Pulau Pinang adalah antara negeri yang paling teruk terjejas dan mencatatkan 52 daripada 68 kematian di seluruh negara. - Getaran, 26 Disember 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Sukan 1 hari yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Politik 17 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri