web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fasiliti KKM Mampu Kendali Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Jemaah Haji - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 4:17PM

Dr Adham Baba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID-19 kepada jemaah haji Malaysia sekiranya ibadah haji dibenarkan tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Sekiranya ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini, jumlah jemaah terlibat adalah antara 30,000 hingga 50,000. Ini mudah dilaksanakan oleh KKM," katanya dalam sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengenai program imunisasi itu, di sini hari ini.

Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq Al-Rabiah pada 3 Mac dilaporkan berkata vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiapa yang mahu menunaikan ibadah haji dan akan menjadi satu daripada syarat utama haji.

Dr Adham berkata jemaah haji Malaysia akan diberikan vaksin sama ada Pfizer-BioNTech atau Sinovac, dan kemungkinan AstraZeneca sekiranya ia sampai ke Malaysia lebih awal.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini.

Menurut Dr Adham, pemberian vaksin jenis Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada jemaah haji bermula Mei ini kerana ia memerlukan dua dos sebelum mereka memulakan perjalanan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada pertengahan Jun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 16 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 5 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar