web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuba Seludup Ketum, 4 Lelaki Tempatan Ditahan EssCOM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 5:50PM

Van yang dirampas ESSCOM dipercayai membawa 11kg daun ketum. - Gambar ihsan EssCOM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN : Empat lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyeludupan 11 kilogram daun ketum, di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP), di sini, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (EssCOM) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pihaknya turut merampas 20 bungkus yang disembunyikan dalam sebuah van dinaiki suspek berusia 24 hingga 72 tahun dalam kejadian jam 3.30 petang itu.

"Terdahulu, sepasukan anggota Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau melakukan rondaan di lokasi berkenaan sebelum menahan sebuah van berwarna putih dinaiki empat lelaki dari arah Tawau menuju ke Kalabakan.

"Anggota bertugas menahan van tersebut untuk melakukan pemeriksaan rutin sebelum menemui dua kotak di bahagian belakang kenderaan," katanya hari ini.

Pemeriksaan lanjut ke atas kotak terbabit mendapati ia mengandungi 20 bungkusan mengandungi sejenis daun, dipercayai ketum.

Ahmad Fuad berkata, suspek dipercayai cuba menyeludup masuk barangan terlarang berkenaan untuk dijual kepada orang ramai di sekitar daerah ini.

"Semua barang terlarang itu termasuk van yang digunakan dianggarkan bernilai lebih RM120,000 dirampas bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya. - Getaran, 8 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 19 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia