web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fahmi Reza Selesai Beri Keterangan, Nekad Mahu Lawan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 2:31PM

Fahmi Reza. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Artis grafik kontroversi, Fahmi Reza telah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan polis kerana memuat naik dan berkongsi kandungan yang bersifat palsu, jelik serta mengancam di media sosial.

Dalam ciapan Twitternya, Fahmi memberitahu dia disoal siasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan membabitkan fitnah kerana menyiarkan dua hantaran di laman media sosialnya.

“Aku dituduh menfitnah Kementerian Kesihatan dengan karya grafik satira aku. Aku akan lawan tuduhan ini,” tulisnya dalam ciapan yang dimuatnaik pada pukul 3.19 petang ini.

Fahmi, diarah hadir ke IPD pada pukul 11 pagi hari ini untuk memberi keterangan berhubung dua hantaran grafik di laman media sosial miliknya itu.

Dalam notis polis yang dimuatnaik dalam twitternya, arahan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah akibat dua hantaran pada 4 Oktober dan 15 Februari. Fahmi disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau dalam pada itu, turut memuat naik satu ciapan di Twitter, menempelak pengkritiknya yang membuat laporan polis berkenaan.

“Kalau kamu jenis manusia yang mudah sakit hati dengan karya-karya grafik satira yang kamu anggap biadab dan kurang ajar terhadap penguasa, kamu bebas untuk tidak follow atau block akaun ini.

“Tapi jangan sekat hak orang lain yang tak ada masalah dengan grafik-grafik protes yang aku hasilkan,” katanya.

Malam tadi, Fahmi juga menegaskan bahawa beliau tidak akan memadamkan mana-mana hantaran atau karya grafik satira di laman media sosialnya.

“Tak kira berapa banyak repot polis yang kamu buat, tak kira berapa banyak kali polis nak siasat, aku tak akan padamkan mana-mana posting atau karya grafik satira di socmed aku yang mengkritik penguasa.

“Kebebasan berekspresi adalah hak kita sebagai rakyat yang perlu kita pertahankan,” tambahnya lagi.

Sepanjang bulan lepas, Fahmi berkongsi pelbagai grafik yang mempersoalkan dakwaan tindakan pilih kasih dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 oleh kerajaan.

Beliau turut menjadikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran, berhubung kunjungan rasmi ke Jakarta pada 5 Februari, yang disusuli dengan pengumuman Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengecualikan anggota Kabinet daripada menjalani kuarantin wajib selama 10 hari setelah pulang dari luar negara.

Beberapa hantaran Facebook Fahmi pada Oktober lalu juga menjadikan Menteri Kabinet sasaran atas apa yang disifatkan sebagai pengendalian prosedur COVID-19 yang kurang baik sehingga menyebabkan kekeliruan orang ramai. - Getaran, 10 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 23 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 8 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar