web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dokumen Palsu, Pembantu Penguatkuasaan Agensi Kerajaan Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 5:53PM

Seorang pembantu penguatkuasa sebuah agensi ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes penyata akaun bank syarikat mengandungi butiran palsu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang pembantu penguatkuasa sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu.

Kes tersebut melibatkan kelulusan tender kontrak sebuah syarikat pembersihan di Kedah bernilai RM3.1 juta.

Menurut sumber, penahanan individu tersebut yang berusia 35 tahun dibuat kira-kira jam 10.30 pagi semalam, sewaktu dia hadir ke pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebulan selama 20 bulan sejak Julai 2019, sebagai dorongan untuk dia memainkan peranan bagi kelulusan tender tersebut. 

"Buat masa ini SPRM sedang mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam pernyataan beberapa saksi lain.

"Berikutan itu, selepas ini mungkin ada lagi tangkapan yang akan dibuat," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Sementara itu Getaran difahamkan suspek dipercayai memiliki kenalan dalam syarikat pembersihan tersebut.

Dia dipercayai memainkan peranan untuk memastikan permohonan semua pihak yang memasuki tender tersebut, dengan mengemukakan penyata akaun bank syarikat mengandungi butiran palsu, diluluskan.

Sumber itu menambah, suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut dengan alasan siasatan masih dijalankan.

"Kes  itu masih disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009," katanya, ringkas. – Getaran, 21 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

2

Semasa 3 hari yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 18 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN