web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


88 Kilogram Ganja Dirampas, Babit Cubaan Seludup Di Sempadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:18PM

Mohd. Noh Khamis (depan, kanan) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas di Jalan Stesen, Padang Besar, Perlis, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas 88 kilogram ganja bernilai RM4.4 juta di sempadan Malaysia dan Thailand di Jalan Stesen Kereta Api, Padang Besar, Perlis, malam tadi.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, rampasan tersebut dibuat kira-kira jam 9.08 malam dengan pihaknya terlebih dulu mengesan pergerakan dua lelaki yang dilihat keluar dan masuk berhampiran pagar keselamatan berduri di situ.

Menurutnya, pergerakan tersebut dilakukan di kawasan gelap sebelum dua lelaki terbabit tidak lagi muncul dan menghilang di kawasan milik negara jiran.

"Kami kemudiannya melakukan pemerhatian selama setengah jam namun tiada siapa yang kembali ke situ, sama ada dari negara jiran mahu pun sebelah sini (Malaysia).

"Pemeriksaan lanjut di kawasan itu kemudiannya menjumpai tujuh plastik hitam berisi 88 ketulan mampat ganja diletakkan dalam kawasan semak kira-kira 10 meter dari pagar keselamatan sempadan," katanya dalam sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Bukit Kayu Hitam di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Superintendan Ramli Wan Salin.

Mohd Noh berkata, kesemua ganja itu dimampatkan dalam bentuk ketulan dengan masing-masing seberat satu kilogram dan dianggarkan bernilai RM50,000.

"Ini merupakan rampasan ganja terbesar oleh PGA di sempadan Malaysia - Thailand untuk tahun ini.  

"Kami tidak menolak kemungkinan akan ada lagi cubaan menyeludup bahan terlarang seperti ini, namun rondaan dan pemantauan sentiasa dilakukan selama 24 jam bagi memastikan kegiatan seumpamanya dapat digagalkan," katanya.

Menurutnya kesemua dadah yang dirampas itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Perlis untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - Getaran, 22 Januari 2022.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 11 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 7 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa