web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lagi Penyu Ditemui Mati, Terengganu Rekod Kematian Ke-11

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jan 2022 5:32PM

Seekor penyu spesies agar jantan dewasa yang ditemui mati dalam keadaan terapung di perairan Pulau Kapas semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Seekor penyu spesis agar betina ditemui mati di Pantai Kelulut pagi tadi, sekaligus menjadikan kes kematian reptilia itu di Terengganu meningkat kepada 11 pada bulan ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Ruzaidi Mamat berkata, penyu agar betina itu dipercayai mati akibat tertelan plastik.

“Kita menerima panggilan dari orang awam yang melaporkan penemuan bangkai penyu di Pantai Kelulut kira-kira jam 10.30 pagi.

“Berdasarkan keadaan bangkai penyu yang sudah mula mereput, kita percaya haiwan itu mungkin sudah mati dalam tiga atau empat hari lepas,” katanya kepada media.

Semalam, seekor penyu spesies agar jantan dewasa ditemukan mati dalam keadaan terapung di perairan Pulau Kapas, di Marang kira- kira jam 11 pagi.

Punca kematian disahkan akibat lemas setelah terperangkap dalam pukat nelayan.

Sebelum ini Ruzaidi menggesa nelayan mematuhi peraturan dengan memasang peralatan peranti penyisih penyu (TED), susulan peningkatan kes kematian penyu di negeri itu.

Menurut beliau, penggunaan peralatan tersebut dapat membantu mengatasi masalah penyu yang terperangkap dalam pukat nelayan.

“Pihak kami konsisten melakukan pemantauan menerusi unit penguatkuasaan jabatan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia