web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terima Suapan Bulanan, Bekas Pengarah Penguatkuasa Direman Seminggu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 7:58PM

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah semalam. - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman seminggu bermula hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor, bagi membantu mendapatkan tender kontrak kerja pembersihan bernilai RM3.1 juta di utara tanah air.

Perintah reman sehingga 30 Januari itu dikeluarkan Majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sumber memaklumkan, suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 2 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan.

“Tertuduh dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan dari Julai 2019 hingga Mac 2021 daripada syarikat kontraktor, dalam membantu mendapatkan tender penswastaan pengumpulan sisa pepejal serta pengurusan pembersihan awam di Wilayah Utara.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dengan alasan kes tersebut masih dalam siasatan pihaknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM,” katanya.

Getaran difahamkan, kes tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan penahanan seorang bekas pembantu penguat kuasa sebuah agensi kerajaan yang direman pada Jumaat lalu.

Bekas pembantu penguat kuasa tersebut dipercayai direman kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM20,000 setiap bulan selama 20 bulan sejak Julai 2019, untuk dia memainkan peranan bagi meluluskan permohonan tender dari syarikat yang menggunakan penyata akaun bank memiliki butiran palsu.

Sejak 11 Januari lalu, seramai 25 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu. - Getaran 24 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

2

Semasa 3 hari yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 5 hari yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 11 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM