web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Yang Dicemburui, Tukang Kebun Meninggal Dunia Selepas Baca Al-Quran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Feb 2022 7:46AM

Jenazah tukang kebun yang meninggal dunia di Masjid Nurul Hasanah, Kampung Bukit Kechil dekat Simpor, Sungai Petani selepas solat subuh, semalam. - Gambar ihsan Facebook Dik Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Perginya di hari Jumaat yang mulia, selepas membaca kalam suci Al-Quran dalam rumah Allah.

Kematian seorang tukang kebun berusia 54 tahun di Masjid Nurul Hasanah, Kampung Bukit Kechil, dekat Simpor, Tikam Batu selepas waktu Subuh semalam, sememangnya wajar dicemburui oleh seluruh umat Islam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah, jasad lelaki itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di ruang solat masjid tersebut.

“Menurut jemaah masjid, lelaki berkenaan dilihat duduk di belakang ruang solat sambil membaca Al-Quran selepas solat Subuh, namun dia kemudiannya ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Kakitangan masjid lalu memaklumkan mengenai kejadian itu kepada adik ipar lelaki berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

“Mereka kemudiannya menghubungi ambulans dan petugas yang hadir mengesahkan lelaki terbabit sudah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan lelaki itu merupakan tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Darulaman, Simpor. 

Adzli menambah, maklumat dari isteri lelaki berkenaan menyatakan, arwah sememangnya menghidap penyakit darah tinggi namun tidak mendapatkan rawatan di pusat kesihatan sebaliknya hanya bergantung pada ubat-ubatan yang diperoleh dari farmasi.

“Pemeriksaan terhadap jasad arwah mendapati tiada kesan luka atau lebam serta tiada unsur jenayah.

“Jenazah lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dekat sini untuk bedah siasat,” katanya. - Getaran 5 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Mayat Wanita Ditemukan Dalam Rumah, Polis Klasifikasi Sebagai Mati Mengejut

2

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Siasatan Dakwaan Kematian Pesakit Tidak Terima Rawatan Tepat

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

4

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Cuba Samun Pakcik Grab

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia